NADI Awareness - NADI SHIELD: Laman Web Berbahaya
7 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2025, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Webinar NADI Awareness - NADI SHIELD: Laman Web Berbahaya yang bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan disertai oleh seorang peserta.
Webinar ini bertujuan memberi kesedaran penting kepada remaja dan pengguna digital tentang pelbagai isu keselamatan siber, termasuk risiko melayari laman web yang tidak selamat, cara melindungi peranti daripada ancaman siber, mengenal pasti tanda-tanda laman palsu atau berbahaya, serta kepentingan berfikir secara bijak sebelum mengklik pautan atau berkongsi sebarang maklumat dalam talian.
Untuk melindungi peranti daripada ancaman siber, gunakan kata laluan yang kukuh dan berbeza, aktifkan pengesahan dua faktor, pasang antivirus, dan kemas kini sistem secara berkala. Elakkan klik pautan mencurigakan, muat turun aplikasi hanya dari sumber rasmi, hadkan penggunaan Wi-Fi awam tanpa VPN, dan semak izin aplikasi dengan kerap. Langkah-langkah ini membantu memastikan peranti anda kekal selamat dan terlindung. Semoga peserta komuniti boleh mengadaptasikan pelajaran yang telah diterangkan bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: